Tuesday, October 2, 2018

epilog

         


          Perlahan-lahan aku melangkah di sisir pantai itu. Terasa amat berat apa yang aku rasakan saat ini. Langkah demi langkah aku atur perlahan bersama fikiran yang entah ke mana tanpa menyedari sebuah bangkai kayu yang sedang menanti di hadapan. Seperti rapinya aku atur sebuah perhubungan hingga lupa apa pun boleh terjadi nanti. Saat itu juga kakiku hinggap tepat pada bangkai kayu yang kian reput itu. Seperti apa yang diaturkan Allah tepat pada saat dan waktunya memberi jawapan.

          Akhirnya aku jatuh jua. Terduduk lesu di atas pepasir halus pantai yang pernah menjadi saksi sebuah pertemuan. Pertemuan yang kini menuju satu noktah. Aku kalah lagi. Membiarkan air mata ini laju membasahi pipi. Kakiku menguis-nguis pepasir yg tidak jemu menerima hamparan ombak. Seperti setianya aku kepada sebuah cinta walau acap kali di sakiti. Tanpa menyedari aku membiarkan kau membunuh hati ini perlahan lahan. 

          Hingga saat ini aku belum mampu bangkit mencari sebuah hikmah atas kekecewaan ini. Namun aku kesat air mata dan bangun menjerit dan meraung sekuat hati cuba melepaskan apa yang terbeban. Kini kaki ku terus melangkah meninggalkan segala kepahitan itu di tempat asalnya dan terus memandang ke hadapan. Memujuk hati untuk redha dan berserah segalanya pada Dia. Noktah.

Thursday, August 9, 2018

Life Recap | Januari 2018

Assalamualaikum. Hai!

Tiba-tiba rajin pula nak menulis blog dan baru terbaca blog Iman Abdul Rahim pasal life recap rasa nak buat juga tapi keliru juga awalnya sebab kalau boleh tak nak share sangat gambar sendiri tambah di blog lagi semua orang boleh tengok. Tapi bila fikir nanti boleh baca balik momen momen yang dah lepas jadi buat juga lah. Cuma mungkin kurang gambar dan hambar sikit. Tak apa lah diri sendiri juga yang nak baca pun.



Join Seminar My Documents

Disebabkan dapat tajaan percuma tiket ke seminar ni, datang juga walaupun jauh ke KL. Tumpang tidur rumah bff nisak di Seri Kembangan dapat juga jumpa dengan dia walaupun sekejap.


Makan ais krim dari kilang coklat Beryl's dekat dengan rumah zalikha. Dah nak habis baru teringat nak ambil gambar. Malam tu zalikha dengan suami dia bawa jalan-jalan di Jalan TAR. Lama tak datang jalan tar ni seronok jalan-jalan walaupun tak ada beli apa sangat. Lepas itu depa bawa pusing Putrajaya sekejap dan balik. Esoknya depa juga tolong hantar sampai depan hotel tempat seminar tu. Terima kasih ika. 




Masuk seminar ni baru sedar banyak benda lagi kena belajar. Nak bina sebuah syarikat/perniagaan atau organisasi ni bukan mudah ya kawan-kawan. Ini pun baru kelas yang basic sahaja. Alhamdulilah selesai pergi seminar dan nak balik pula rumah along di Klang naik komuter. Dari hotel tu nak kata jauh nak jalan ke stesen KTM tak lah jauh dekat sangat pun tak juga. Sebenar takut juga seorang diri. Ada ajak seorang kawan untuk teman tetapi dia tak dapat datang pula. Masa berjalan tu boleh pula tersilap laluan dan agak sunyi di situ. Berselisih pula dengan warga asing ni risau juga memang laju terus jalan. Selamat juga sampai di stesen dan tunggu train sampai lah.



Job pelamin di Ipoh (kawan sepupu)



Ini job pertama nisak di ipoh. Rasa seronok lebih sebab jauh sikit jalan dan ada sepupu nak tolong. Dan memang customer ni pun kawan baik dia. Gambar ni masa tengah akad nak dilafazkan, mak pengantin teman di pelamin. Bunga tangan comel dan hantaran tu semestinya dari Myrissna Projek Kahwin.


Pelamin nikah dan hantaran Nana (nama kawan sepupu tu). :)

Yang seronoknya dapat tengok nana nikah dan dah anggap macam kawan sendiri pun sebab depa sekeluarga pun layan baik macam dah lama kenal. 


Malam tu dah alang-alang datang ipoh nisak tidur rumah sepupu tu, Una. Sebab boleh terus tunggu untuk buka pelamin nanti jimat tak perlu ulang alik. Dengan dia pun dah lama tak spend time sebenarnnya. Malam tu kami overnight tapi di rumah sahaja lah marathon tengok cerita Maze Runner yang satu dengan dua sebab esoknya lepas pergi kenduri Nana, plan nak tengok wayang cerita Maze Runner final yang baru keluar. Nisak tak pernah tengok sebenarnya yang siri sebelum ni itu yang sampai ke tiga, empat pagi baru tidur nak habiskan.

Esoknya lepas makan kenduri terus kami terpacak depan panggung. Best lah juga yang akhir ni tapi rasanya suka lagi yang first. Yang kedua pula agak mendatar. Malam tu nisak stay lagi rumah Una dan esoknya baru buka pelamin semua dan sempat pula singgah di Bulatan Amanjaya ni.





Inilah kedai Labu Sayong yang nisak ada cerita di IG, laksa mahal tu.




Dan ini gambar laksanya. Tapi nasib baik sedap. Tiba-tiba terasa-rasa pula laksa ni.




Ini bahagian bawah kedai tu. Kalau nak udara luar sini lah port nya.


Kemudian sengaja lalu depan MAPS ni tak dapat masuk ambil gambar depan tu pun jadi lah.



Sebenarnya tak tahu pun maksud life recap tu apa tapi yang nisak faham macam throwback juga lah. Di kumpulkan selama sebulan. Masa awal nak mula buat ingat tak ada benda nak cerita tapi rupanya start saja taip laju saja idea keluar. Memang dari dulu macam ini lah bila nak buat karangan. Mula-mula saja ambil masa once dah start menulis jadi tak boleh berhenti pula. Tulis life recap Januari ni saja dah berjam-jam. Sebab tu tak boleh buka blog ni selalu nanti memang mengadap ini sahaja lah tak boleh nak stop. Hehe











Thursday, July 19, 2018

satu julai 2018




Alhamdulillah terima kasih Allah untuk kesempatan yang Engkau berikan ini. Namun entah mengapa rasa bahagia itu tidak hadir bersama. Mungkin kerana terlalu banyak kekecewaan, kesakitan dan dugaan yang telah dilalui hingga ada perasaan takut yang mengganggu. Padahal ini bahagia yang dinantikan selama ini. Sungguh Engkau yang Maha Mengetahui, aturkanlah jalan yang terbaik dan permudahkanlah segalanya.

nisakazhari, pertengahan julai 18
2323