Thursday, January 14, 2016

muka surat baru

"Begitulah kehidupan. Masa kan memutar tanpa kau bisa hentikan. 
Lalu, yang tinggal cuma keping keping memori semalam." @perempuanmatahari

Alhamdulillah melangkah lagi ke satu umur yang semakin dewasa. Sebetul pun setiap hari kita ini semakin tua. Sukar untuk percaya namun masa itu tetap terus berputar. Walaupun jauh di sudut hati masih belum mahu menerima. Berat rasa hati tinggalkan 2015 dan orang-orang yang ada bersamanya. Terutama orang yang mungkin tidak akan wujud lagi dalam episod seterusnya.

2015
Beberapa perjalanan hidup nisak yang berubah dalam tahun ini. Sejujurnya terlalu sukar untuk melaluinya. Hingga saat ini hati masih rapuh. Namun terpaksa juga gagahkan diri untuk terus melangkah. Ada bahagia, juga ada air mata. Mungkin mampu tersenyum di hadapan semua namun hati ini hanya Dia yang mengetahui. Sedih sebenarnya ingin tinggalkan tahun ini. Namun perlu sedar segala yang dulu harus dibiarkan hanya disitu. Tinggalkan segala yang pahit. Tahun yang banyak mengajar nisak tentang hakikat sebuah kehidupan dan berlakunya perkara yang mendidik diri untuk lebih matang. 

Hari ini sudah hari yang ke empat belas untuk 2016. Semoga cepat-cepat bangkit dari segala kejatuhan dan kesakitan semalam kerana terlalu banyak lagi yang ingin dicapai dan masih jauh lagi perjalanan.
Selamat Tinggal dua kosong satu lima. Welcome 2016. senyum =)

nisakazhari, januari empat belas
22:50

No comments: