Monday, December 14, 2015

kembali

Perjalanan sebuah kehidupan itu sememangnya bukan mudah. namun itulah yang menjadikan kita semakin kuat dan tabah untuk meneruskan hari-hari yang akan datang. andai kita sedar, dari kesakitan, kegagalan dan kepahitan itulah kita belajar dan memahami bahawa hakikat sebuah kehidupan itu punya sebabnya tersendiri. 

tinggal kurang lebih tiga minggu sahaja lagi umurku akan menginjak ke satu umur yang saat terbayangkannya sudah cukup untuk mengukur tahap kematangannya. kadang masih terasa tidak layak untuk memegang title umur ini namun detik waktu itu tetap terus berputar tanpa jemu. 

hari ini nisak kembali menulis di sini setelah sekian lama membiarkan ruangan ini sepi. dan kembalinya kali ini membawa seorang aku yang baru. membiarkan segala post-post sebelum ini hanya tersimpan pada kotak draft bagi melepaskan segala kisah yang dulu sekadar pengajaran dan cerita silam. sebenarnya memang sudah lama ingin kembali menulis di blog tetapi sering sahaja perasaan malas itu menguasai namun nisak tetap cintakan penulisan. kalau melihat pada memo di tab penuh dengan lontaran catatan dan luahan rasa yang ditulis. dan pastinya nisak akan menulis sesuatu yang lebih bermanfaat, InsyaAllah. serta dengan ayat-ayat yang lebih dekat dengan jiwa. walaupun nisak tahu mungkin tiada siapa yang membaca tetapi ini salah satu cara untuk nisak melepaskan pekung di dada dan sebagai ruang nisak menyimpan sedikit kisah-kisah hidup yang dilalui. juga sebagai permulaan untuk nisak menggapai salah satu cita-cita yang telah lama tersimpan iaitu untuk menjadi seorang penulis. doakan nisak ya.

setelah sekian lama bagaimana ada kekuatan untuk kembali menulis? ada sahabat nisak pernah kata bila sedih baru nisak tulis di blog. ya, nisak tidak menafikannya sebab mungkin betul kerana kadangnya saat hati yang penuh luka itu ilham untuk menulis lebih mudah datang. 

untuk diri sendiri, selamat kembali menjadi blogger. =)
semoga ada manfaatnya buat pembaca.

nisakazhari, disember empat belas
17:30

No comments: